Tuesday, March 1, 2016

jordan part2

Untuk sambungan kali rasanya tidak perlulah bercerita dengan panjang lebar, cukuplah dengan perkongsian gambar dan penerangannya serba sedikit.

Semoga perkongsian ini dapat membantu kepada sesiapa yang ingin ke Jordan satu hari nanti, InshaALLAH.


Disini merupakan lapangan terbang antarabangsa Abu Dhabi dimana bagi sesiapa yang menaiki flight dari Etihad Airways kebiasaannya akan transit sebentar di sini,
Cukup menarik sebenarnya rekaan airport ini walaupun dijangka airport baru akan siap tidak lama lagi,
Peringatan bagi yang transit disini agar peka dimana pintu pelepasan penerbangan seterusnya kerana terdapat dua terminal disini dan sememangnya boleh mengelirukan jika tersilap atau terlepas papan tanda pintu pelepasan anda. Apa-apapun jangan lupa bertanya kepada petugas-petugas disana untuk dapatkan lebih kepastian, InshaALLAH pasti akan dibantu.




Sedikit gambar sekitar lapangan terbang antarabangsa Queen Aliya Amman Jordan.


Selepas berjam jam lamanya di dalam flight akhirnya sampai juga di bumi anbia Jordan..






Wednesday, February 17, 2016

MALAYSIA KE JORDAN 2015

DARI MALAYSIA KE JORDAN 2015 PART 1

Assalamuaikum wbt,

JORDAN??
Apa yang menarik disana ??

Kisah tentang negara ini hanya lebih diketahui setelah anak buah aku berjaya melanjutkan pelajarannya di Jordan University Science n Technology (just)

Merupakan sebuah negara timur tengah, asia barat ataupun dalam bahasa mudah ialah negara ARAB.
Pada mulanya tidak banyak yang aku tahu dan sememangnya aku tidak ingin ambil tahu pun tentang negara ini.

Namun setelah mendengar tentang majlis konvokesyen anak buah aku dan abang aku sendiri ada mempelawa untuk ikut dia sekali ke Jordan bagi menghadiri majlis konvo tersebut, barulah terdetik di hati ini ingin mengenali dan mengetahui dengan lebih dekat apakah sejarah dan perkara yang menarik ada di Jordan ini.

Dan seperti biasa lah apabila ingin ke sesebuah negara aku lebih suka untuk menguruskan segala-galanya baik dari waktu perjalanan, tiket kapal terbang dan penginapan, anggaran perbelanjaan sehinggalah lawatan tempat-tempat menarik ketika disana.

Bila dah uruskan segalanya dengan sendiri maknanya kau kenalah study lebih sedikit tentang semuanya terutamanya harga flight ticket, penginapan dan pengangkutan sepanjang berada disana.

Setelah selesai membuat carian dan perolehan maklumat akhirnya kembara ku ke negara dan bumi anbia ini bermula.

Penerbangan menggunakan Etihad Airways dimana harga nya boleh dianggap berpatutan iaitu anggaran seorang dalam RM 2000-2800. Harga tiket bagi kebanyakan syarikat penerbangan dari negara timur tengah contoh seperti oman air, egypt air, saudi, emirates, dan pelbagai lagi sebenarnya tidak jauh berbeza malah harga mungkin boleh didapati dengan harga yang lebih murah ketika promosi.

Untuk makluman harga tiket bagi syarikat penerbangan MAS adalah rm3k keatas mungkin sedikit mahal atas sebab-sebab tertentu agaknya. (no komen)

Perjalanan bermula dari lapangan terbang antarabangsa KLIA dimana flight berhenti transit sebentar di abu dhabi UAE selama sejam lebih dimana keseluruhan perjalanan mengambil masa hampir 12 jam dari malaysia hingga ke Queen Alia international Airport Amman Jordan.


INSHAALAH akan sambung part 2 penceritaan lebih lanjut sepanjang disana siap dengan gambar...

Belanja satu pic dulu... :)